MERCU TANDA TABIKA KEMAS

Khamis, 26 Oktober 2017

Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran



Selesai mengadakan mesyuarat JKPP Kemas Parlimen Keningau hari ini 1hb April 2014, seterusnya menyampaikan sumbangan berupa wang tunai hasil kutipan daripada kakitangan.

Sumbangan ini khusus untuk cik Deabi Pemaju Masyarakat Tabika Kg. Keritan Ulu.  Rumah kediaman mereka telah terbakar hangus minggu lalu hanya tinggal sehelai sepinggang.

Sabtu, 12 April 2014

Undang-undang harus di Patuhi

Tiba-tiba saya di kunjungi sepasang suami-isteri bertanyakan kenapa anak mereka dihentikan dari menghadiri kelas Tabika, luahannya buat saya terkedu dan simpati,  dia memuji-muji baru tiga bulan menghadiri kelas peningkatan dalam pembelajaran nampak ketara...

Setelah saya selidiki anak itu bukan warga negara, termasuk kedua ibubapanya..saya berterus terang status bukan warga negara tidak diterima mengikuti kelas tersebut.. undang-undang dalam negara ini telah ditetapkan hanya warga tempatan di utamakan...

Kehampaan jelas nampak pada raut waja si ibu dan bapa si anak..namun itulah hakikat yang terpaksa mereka patuhi. Saya juga akur pada undang-undang dan arahan jabatan.

Saya mencadangkan agar menghantar anak mereka ke Tadika sawasta..yuran mahal luahnya..saya pun tidak mampu berbuat apa-apa terpulanglah kepada mereka.

Mereka tidak berhak persoalkan atau minta surat hitam putih dari jabatan kerana ini merupakan undang-undang di negara tercinta ini. Mereka harus berterima kasih kepada kerajaan kerana keistimewaan telah banyak mereka kecapi tinggal di negara ini.

Isnin, 17 Mac 2014

Guru Kemas Lelaki Ternyata Hebat

Tahun 2014 mencatat sejarah apabila daerah Keningau mula mendapat khidmat dua orang guru lelaki sebagai pendidik kepada kanak-kanak Tabika Kemas. Sebelum ini guru-guru Tabika Kemas semuanya di monopoli golongan wanita sahaja, namun kini golongan lelaki ini telah diberi peluang oleh pihak kementeriaan menjadi warga pendidik di jabatan kemas.

Usaha pihak Kementerian ini wajar kerana golongan lelaki juga mampu menjadi pembimbing yang baik kepada  anak-anak di peringkat Tabika, mungkin agak janggal kerana jarang sekali kita mendengar atau melihat lelaki di negara ini menjadi guru di peringkat Tabika, namun kini Kemas telah membuka lembaran baru ke arah ini, dalam usaha memperbanyakkan lagi kelas-kelas Tabika di pelusuk pedalaman.

.Usaha murni pihak kementerian ini ternyata tidak sia-sia, ternyata guru lelaki juga mampu menjadi pendidik yang baik, sebagaimana yang dilakukan oleh guru wanita.  ini dapat dilihat apa bila saya membuat pemantauan di dua Tabika ini, yang mana guru lelaki ini ditugaskan tiada bezanya, hanya bezanya mereka ini lelaki.

Malah khidmat Guru lelaki ini diterima baik oleh masyarakat setempat dan tidak menimbulkan sebarang masalah. Pengambilan guru lelaki dalam pengisian jawatan ini wajar di teruskan dan di perbanyakkan lebih-lebih lagi bagi penempatan di ulu pedalaman yang memerlukan khidmat pendidikan awal kanak-kanak.

Kepada guru-guru lelaki yang berani menyahut cabaran ini diucapkan tahniah kerana perkhidmatan anda sebagai pendidik di peringkat awal kanak-kanak ternyata setanding dengan perkhidmatan guru-guru wanita. Semoga anda terus cemerlang dalam kerjaya ini, Siapa kata guru lelaki tidak sehebat guru wanita...anda juga mampu lebih hebat dari wanita.
    
Mungkin masa akan datang golongan Adam ini di beri peluang pula jadi pengasuh di Taman Asuhan Kanak-kanak ( TASKA ) anak-anak di bawah umur 2 tahun hingga 3 tahun, siapa tahu pihak kementerian beri peluang ,,TIADA YANG MUSTAHIL....beranikah golongan Adam ini menyahut cabaran???? kita tunggu dan lihat...