Tahun 2014 mencatat sejarah apabila daerah Keningau mula mendapat khidmat dua orang guru lelaki sebagai pendidik kepada kanak-kanak Tabika Kemas. Sebelum ini guru-guru Tabika Kemas semuanya di monopoli golongan wanita sahaja, namun kini golongan lelaki ini telah diberi peluang oleh pihak kementeriaan menjadi warga pendidik di jabatan kemas.
Usaha pihak Kementerian ini wajar kerana golongan lelaki juga mampu menjadi pembimbing yang baik kepada anak-anak di peringkat Tabika, mungkin agak janggal kerana jarang sekali kita mendengar atau melihat lelaki di negara ini menjadi guru di peringkat Tabika, namun kini Kemas telah membuka lembaran baru ke arah ini, dalam usaha memperbanyakkan lagi kelas-kelas Tabika di pelusuk pedalaman.
.Usaha murni pihak kementerian ini ternyata tidak sia-sia, ternyata guru lelaki juga mampu menjadi pendidik yang baik, sebagaimana yang dilakukan oleh guru wanita. ini dapat dilihat apa bila saya membuat pemantauan di dua Tabika ini, yang mana guru lelaki ini ditugaskan tiada bezanya, hanya bezanya mereka ini lelaki.
Malah khidmat Guru lelaki ini diterima baik oleh masyarakat setempat dan tidak menimbulkan sebarang masalah. Pengambilan guru lelaki dalam pengisian jawatan ini wajar di teruskan dan di perbanyakkan lebih-lebih lagi bagi penempatan di ulu pedalaman yang memerlukan khidmat pendidikan awal kanak-kanak.
Kepada guru-guru lelaki yang berani menyahut cabaran ini diucapkan tahniah kerana perkhidmatan anda sebagai pendidik di peringkat awal kanak-kanak ternyata setanding dengan perkhidmatan guru-guru wanita. Semoga anda terus cemerlang dalam kerjaya ini, Siapa kata guru lelaki tidak sehebat guru wanita...anda juga mampu lebih hebat dari wanita.
Mungkin masa akan datang golongan Adam ini di beri peluang pula jadi pengasuh di Taman Asuhan Kanak-kanak ( TASKA ) anak-anak di bawah umur 2 tahun hingga 3 tahun, siapa tahu pihak kementerian beri peluang ,,TIADA YANG MUSTAHIL....beranikah golongan Adam ini menyahut cabaran???? kita tunggu dan lihat...
salam saya sedang membuat kajian mengenai penglibatan lelaki dalam pendidikan awal kanak-kanak. bole tak anda bantu saya mencari lelaki yang bekerja di dalam bidang ini untuk menjawab persoalan kajian saya?
BalasPadammohon email saya dengan segera di
hashimnurulaini@gmail.com