|
Ibubapa turut hadir sempena aktiviti gotong-royong bersama kakitangan Kemas membersihkan kawasan Bangunan Balai Raya dimana aktiviti kelas Tabika dijalankan buat sementara sebelum bangunan baru dibina. |
|
Wajah-wajah ceria anak-anak Tabika |
.
|
Penyelia-penyelia Kemas Keningau turut bersama dalam aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekitar Balai Raya Kg. Mantatap Sumbiling dalam kawasan DUN Liawan Keningau |
Pembukaan kelas Tabika ini mula beroprasi diawal tahun 2013- atas permintaan masyarakat kampung. Jumlah anak-anak yang telah di daftarkan seramai 18 orang yang kesemua mereka ini adalah anak-anak di kampung berkenaan.
Dengan wujudnya kelas Tabika di kampung tersebut, memberi peluang kepada anak-anak mempelajari berbagai perkara, seperti menulis, membaca dan mengira. Juga meringankan beban ibubapa yang mana sebelum ini terpaksa menghantar anak-anak mereka ke Tabika yang agak jauh jaraknya daripada kampung.
Sementara ini anak-anak Tabika masih menumpang di bangunan balai raya kampung tersebut, namun pengerusi jkkk dan waga kampung telah menyediakan tapak untuk bangunan Kemas yang bakal dibina pada masa akan datang.
|
Ucapan alu-aluan Pengerusi Tabika |
Tabika Kemas Kg. Mantatap Sumbiling adalah dalam kawasan dewan undangan Negeri N. 34 Liawan, jarak daripada bandar keningau ke kampung ini lebih kurang 9km. Kemudahan yang terdapat di kampung ini seperti bekalan Letrik dan air graviti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan