MERCU TANDA TABIKA KEMAS

Selasa, 26 Mac 2013

ANAK-ANAK TABIKA KEMAS KG. MESERULUNG TAMBUNAN BAKAL PERPINDAH KE BANGUNAN BARU


Pandangan hadapan Bangunan Tabika
Bangunan Tabika Kemas ini telah pun siap dibina jarak antara pekan Tambunan lebih kurang 25 km. Anak-anak Tabika ini bakal berpindah ke bangunan tersebut selepas saja penyerahan dilakukan . Aktiviti Kelas Tabika ketika ini dilaksanakan sementara di balai raya berhampiran dengan bangunan ini.
Dengan adanya bangunan tersebut kanak-kanak dapat menjalankan aktiviti sekolah dengan selesa.

AKTIVITI KEMAS

Sekadar gambar hiasan
SAYA TIDAK AKAN TUTUP BLOG INI WALAU DIMINTA BERBUAT DEMIKIAN 
Umum tahu apa itu KEMAS dan peranannya terhadap negara dan masyarakat, oleh itu admin sukacita ingin berkongsi setiap aktiviti yang di laksanakan oleh bahagian Kemas Keningau melalui Blog Kemas Keningau.

Alhamdulillah walaupun admin agak sibuk dengan segala tugasan harian namun masih ada kesempatan berkongsi dengan masyarakat diluar sana segala aktiviti yang kami jalankan setiap waktu. Rupanya masih ada yang tidak tahu bahawa kemas bukan saja melaksanakan aktiviti kelas bimbingan kanak-kanak di bawah umur 4, 5 dan 6 tahun tetapi kemas juga menjalankan pelpagai aktiviti seperti yang tertulis di bawah ini melalui pelbagai unit:

CPK- Cawangan Pendidikan Awal Kanak-kanak iaitu menjalankan kegiatan aktiviti bimbingan kanak-kanak di bawah umur 4-6 tahun.
 ( TABIKA ) /
( TASKA ) Taman Asuhan Kanak-kanak- umur 2-3 tahun
CPM- Cawangan Pembangunan Manusia - PKK / BI/ PLF /GDW / PK-
PKK- Pendidikan Kesejahteraan Keluarga: Menjalankan aktiviti seperti menjahit/ memasak/gubahan melalui kelas di jalankan 3 kali seminggu dalam setiap satu kumpulan.
BI- Bina Insan - aktiviti fardu aini, fardu kifayah
PLF- Pendidikan Litrasi pungsian- menjurus kepada membasmi buta huruf dikalangan orang dewasa yang  tidak tahu membaca/ berkebun dan sebagainya.
GDW- Gerakan Daya wawasan- menjurus kepada membantu memberi motivasi kepada masyarakat mendayakan kampung kearah kecemerlangan
PK- Pendidikan Kemahiran- khusus hanya berkaitan jahit-menjahit / sulam-menyulam dan banyak lagi.
Dandanan Diri- memberi tunjuk ajar kepada kumpulan sasar khusus kaum wanita tampil sehat, bergaya, menjaga kesihatan dan lain-lain.

Adun Liawan YB Prihatin

Turut bersama kapitan Lee and Datuk Sairin menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima warga cina

Turut hadir Pemimpin Kemajuan Rakyat Adun Liawan En. Rosdy Padiman 

6hb Mac 2013- Batu 27 jalan Tenom dalam kawasan dun Liawan majlis pemimpin bersama rakyat telah diadakan bertempat di Balai Raya kampung tersebut yang mana dihadiri oleh wakil rakyar adun berkenaan YB Datuk Sairin Karno disamping menyampaikan sumbangan berupa beras kepada beberapa keluarga yang layak menerima sumbangan ini.

Sairin menginggatkan kepada masyarakat dikawasan ini agar menyokong kerajaan yang ada sekarang ini, kerajaan sentiasa prihatin kepada setiap masalah rakyat, sebagaimana slogan 1 malaysia yang diucapkan oleh perdana menteri kita " janji ditepati, "rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan." dan mempastikan kemenangan BN pada PRU 13.

Demonstrasi Masakan Kelas PKK Kg. Tinompok Tambunan

Sayuran daripada bunga betik khasiatnya boleh membantu mencegah darah tinggi, 
sayuran ini juga  sesuai dihidangkan untuk keluarga kurang kolestrol

Pn. Ros sedang menerangkan khasiat bahan2 yang bakal dimasak kepada para ibu
Program ini telah berlangsung di Kg. Tinompok dalam daerah Tambunan. Seramai 45 orang peserta terdiri daripada suri rumah menyertai program tersebut yang mana telah dikendalikan oleh guru dalam unit cawangan pembangunan masyarakat. ( CPM )

Program ini bertujuan mendedahkan para ibu bagaimana menyediakan makanan sehat untuk keluarga serta sentiasa menjaga pemakanan bagi mengelakkan kegemukan dan mendidik keluarga agar mementingkan kualiti pemakanan bagi  menghindari segala penyakit.

Pn. Ros juga menginggatkan kepada para ibu agar sentiasa prihatin menjaga kesihatan sendiri, menyarankan agar sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan di hospital, terutamanya penyakit yang berkaitan dengan kanser yang sering menyerang kaum wanita di negara ini iaitu kanser rahim dan payu dara.

Program ini sempat dihadiri oleh PKD Keningau yang baru iaitu Pn. Lumari Tingkalor dan
kakitangan pejabat Kemas Parlimen Keningau
PKD Kemas Daerah Keningau Pn. Lumari Tingkalor



16,000 Kakitangan Kemas Dibela Cuepecs




Cuepacs menuntut kerajaan mencari penyelesaian segera berhubung tiga perkara yang membelenggu hampir 16,000 kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) seluruh negara.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata perkara itu antaranya ialah melanjutkan umur persaraan wajib mereka yang pada masa ini 58 kepada 60 tahun selaras dengan pelaksaan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang baru.

Omar berkata beliau telah maklumkan perkara ini kepada menteri berkenaan baru-baru ini dan
berharap menteri itu dapat mengambil tindakan secepat mungkin.

"Mereka ini sudah berkhidmat lama dalam Kemas dan tidak ada pencen dan pinjaman perumahan, jadi mengapa mereka tidak boleh diberikan umur bersara sehingga 60 tahun," katanya kepada pemberita pada Majlis Perjumpaan bersama Ahli Persatuan Keluarga Kemas Malaysia di Paroi, di sini.

Omar berkata, pihaknya juga menuntut agar kesemua 200 kakitangan Kemas yang diberhentikan sejak beberapa bulan lalu, selepas sampai had umur bersara wajib 58 tahun, diambil kembali dan disambung perkhidmatan mereka sehingga 60 tahun seperti kakitangan berstatus tetap. BERNAMA