Tiba-tiba saya di kunjungi sepasang suami-isteri bertanyakan kenapa anak mereka dihentikan dari menghadiri kelas Tabika, luahannya buat saya terkedu dan simpati, dia memuji-muji baru tiga bulan menghadiri kelas peningkatan dalam pembelajaran nampak ketara...
Setelah saya selidiki anak itu bukan warga negara, termasuk kedua ibubapanya..saya berterus terang status bukan warga negara tidak diterima mengikuti kelas tersebut.. undang-undang dalam negara ini telah ditetapkan hanya warga tempatan di utamakan...
Kehampaan jelas nampak pada raut waja si ibu dan bapa si anak..namun itulah hakikat yang terpaksa mereka patuhi. Saya juga akur pada undang-undang dan arahan jabatan.
Saya mencadangkan agar menghantar anak mereka ke Tadika sawasta..yuran mahal luahnya..saya pun tidak mampu berbuat apa-apa terpulanglah kepada mereka.
Mereka tidak berhak persoalkan atau minta surat hitam putih dari jabatan kerana ini merupakan undang-undang di negara tercinta ini. Mereka harus berterima kasih kepada kerajaan kerana keistimewaan telah banyak mereka kecapi tinggal di negara ini.