MERCU TANDA TABIKA KEMAS

Selasa, 26 Mac 2013

Demonstrasi Masakan Kelas PKK Kg. Tinompok Tambunan

Sayuran daripada bunga betik khasiatnya boleh membantu mencegah darah tinggi, 
sayuran ini juga  sesuai dihidangkan untuk keluarga kurang kolestrol

Pn. Ros sedang menerangkan khasiat bahan2 yang bakal dimasak kepada para ibu
Program ini telah berlangsung di Kg. Tinompok dalam daerah Tambunan. Seramai 45 orang peserta terdiri daripada suri rumah menyertai program tersebut yang mana telah dikendalikan oleh guru dalam unit cawangan pembangunan masyarakat. ( CPM )

Program ini bertujuan mendedahkan para ibu bagaimana menyediakan makanan sehat untuk keluarga serta sentiasa menjaga pemakanan bagi mengelakkan kegemukan dan mendidik keluarga agar mementingkan kualiti pemakanan bagi  menghindari segala penyakit.

Pn. Ros juga menginggatkan kepada para ibu agar sentiasa prihatin menjaga kesihatan sendiri, menyarankan agar sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan di hospital, terutamanya penyakit yang berkaitan dengan kanser yang sering menyerang kaum wanita di negara ini iaitu kanser rahim dan payu dara.

Program ini sempat dihadiri oleh PKD Keningau yang baru iaitu Pn. Lumari Tingkalor dan
kakitangan pejabat Kemas Parlimen Keningau
PKD Kemas Daerah Keningau Pn. Lumari Tingkalor



Tiada ulasan:

Catat Ulasan