Dengan adanya bangunan sendiri anak-anak lebih selesa menjalankan aktiviti harian. Harapan pihak pentadbir agar guru-guru yang terbabit bertugas di tempat ini berusaha menceriakan serta menghijaukan sekitar dengan tanaman pohonan bunga (Lanskap) .
MERCU TANDA TABIKA KEMAS
Selasa, 9 April 2013
Tabika Kemas Kg. Lingkudou
Dengan adanya bangunan sendiri anak-anak lebih selesa menjalankan aktiviti harian. Harapan pihak pentadbir agar guru-guru yang terbabit bertugas di tempat ini berusaha menceriakan serta menghijaukan sekitar dengan tanaman pohonan bunga (Lanskap) .
Apa-apa info tentang kemas, pekerjaan,GDW, Kelas TABIKA, kelas jahitan, masakan boleh berhubung terus kepada kami di pejabat Kemas Keningau. Di Talian 087-333171
Jumaat, 29 Mac 2013
Kelas Tabika KEMAS Kg. Mantatap Sumbiling baru dibuka
Wajah-wajah ceria anak-anak Tabika |
Penyelia-penyelia Kemas Keningau turut bersama dalam aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekitar Balai Raya Kg. Mantatap Sumbiling dalam kawasan DUN Liawan Keningau |
Dengan wujudnya kelas Tabika di kampung tersebut, memberi peluang kepada anak-anak mempelajari berbagai perkara, seperti menulis, membaca dan mengira. Juga meringankan beban ibubapa yang mana sebelum ini terpaksa menghantar anak-anak mereka ke Tabika yang agak jauh jaraknya daripada kampung.
Sementara ini anak-anak Tabika masih menumpang di bangunan balai raya kampung tersebut, namun pengerusi jkkk dan waga kampung telah menyediakan tapak untuk bangunan Kemas yang bakal dibina pada masa akan datang.
Ucapan alu-aluan Pengerusi Tabika |
Apa-apa info tentang kemas, pekerjaan,GDW, Kelas TABIKA, kelas jahitan, masakan boleh berhubung terus kepada kami di pejabat Kemas Keningau. Di Talian 087-333171
Selasa, 26 Mac 2013
ANAK-ANAK TABIKA KEMAS KG. MESERULUNG TAMBUNAN BAKAL PERPINDAH KE BANGUNAN BARU
Pandangan hadapan Bangunan Tabika |
Dengan adanya bangunan tersebut kanak-kanak dapat menjalankan aktiviti sekolah dengan selesa.
Apa-apa info tentang kemas, pekerjaan,GDW, Kelas TABIKA, kelas jahitan, masakan boleh berhubung terus kepada kami di pejabat Kemas Keningau. Di Talian 087-333171
AKTIVITI KEMAS
Sekadar gambar hiasan SAYA TIDAK AKAN TUTUP BLOG INI WALAU DIMINTA BERBUAT DEMIKIAN |
Alhamdulillah walaupun admin agak sibuk dengan segala tugasan harian namun masih ada kesempatan berkongsi dengan masyarakat diluar sana segala aktiviti yang kami jalankan setiap waktu. Rupanya masih ada yang tidak tahu bahawa kemas bukan saja melaksanakan aktiviti kelas bimbingan kanak-kanak di bawah umur 4, 5 dan 6 tahun tetapi kemas juga menjalankan pelpagai aktiviti seperti yang tertulis di bawah ini melalui pelbagai unit:
CPK- Cawangan Pendidikan Awal Kanak-kanak iaitu menjalankan kegiatan aktiviti bimbingan kanak-kanak di bawah umur 4-6 tahun.
( TABIKA ) /
( TASKA ) Taman Asuhan Kanak-kanak- umur 2-3 tahun
CPM- Cawangan Pembangunan Manusia - PKK / BI/ PLF /GDW / PK-
PKK- Pendidikan Kesejahteraan Keluarga: Menjalankan aktiviti seperti menjahit/ memasak/gubahan melalui kelas di jalankan 3 kali seminggu dalam setiap satu kumpulan.
BI- Bina Insan - aktiviti fardu aini, fardu kifayah
PLF- Pendidikan Litrasi pungsian- menjurus kepada membasmi buta huruf dikalangan orang dewasa yang tidak tahu membaca/ berkebun dan sebagainya.
GDW- Gerakan Daya wawasan- menjurus kepada membantu memberi motivasi kepada masyarakat mendayakan kampung kearah kecemerlangan
PK- Pendidikan Kemahiran- khusus hanya berkaitan jahit-menjahit / sulam-menyulam dan banyak lagi.
Dandanan Diri- memberi tunjuk ajar kepada kumpulan sasar khusus kaum wanita tampil sehat, bergaya, menjaga kesihatan dan lain-lain.
Apa-apa info tentang kemas, pekerjaan,GDW, Kelas TABIKA, kelas jahitan, masakan boleh berhubung terus kepada kami di pejabat Kemas Keningau. Di Talian 087-333171
Adun Liawan YB Prihatin
Turut bersama kapitan Lee and Datuk Sairin menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima warga cina |
Turut hadir Pemimpin Kemajuan Rakyat Adun Liawan En. Rosdy Padiman |
6hb Mac 2013- Batu 27 jalan Tenom dalam kawasan dun Liawan majlis pemimpin bersama rakyat telah diadakan bertempat di Balai Raya kampung tersebut yang mana dihadiri oleh wakil rakyar adun berkenaan YB Datuk Sairin Karno disamping menyampaikan sumbangan berupa beras kepada beberapa keluarga yang layak menerima sumbangan ini.
Sairin menginggatkan kepada masyarakat dikawasan ini agar menyokong kerajaan yang ada sekarang ini, kerajaan sentiasa prihatin kepada setiap masalah rakyat, sebagaimana slogan 1 malaysia yang diucapkan oleh perdana menteri kita " janji ditepati, "rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan." dan mempastikan kemenangan BN pada PRU 13.
Apa-apa info tentang kemas, pekerjaan,GDW, Kelas TABIKA, kelas jahitan, masakan boleh berhubung terus kepada kami di pejabat Kemas Keningau. Di Talian 087-333171
Demonstrasi Masakan Kelas PKK Kg. Tinompok Tambunan
Sayuran daripada bunga betik khasiatnya boleh membantu mencegah darah tinggi, |
sayuran ini juga sesuai dihidangkan untuk keluarga kurang kolestrol |
Pn. Ros sedang menerangkan khasiat bahan2 yang bakal dimasak kepada para ibu |
Program ini bertujuan mendedahkan para ibu bagaimana menyediakan makanan sehat untuk keluarga serta sentiasa menjaga pemakanan bagi mengelakkan kegemukan dan mendidik keluarga agar mementingkan kualiti pemakanan bagi menghindari segala penyakit.
Pn. Ros juga menginggatkan kepada para ibu agar sentiasa prihatin menjaga kesihatan sendiri, menyarankan agar sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan di hospital, terutamanya penyakit yang berkaitan dengan kanser yang sering menyerang kaum wanita di negara ini iaitu kanser rahim dan payu dara.
Program ini sempat dihadiri oleh PKD Keningau yang baru iaitu Pn. Lumari Tingkalor dan
kakitangan pejabat Kemas Parlimen Keningau
PKD Kemas Daerah Keningau Pn. Lumari Tingkalor |
Apa-apa info tentang kemas, pekerjaan,GDW, Kelas TABIKA, kelas jahitan, masakan boleh berhubung terus kepada kami di pejabat Kemas Keningau. Di Talian 087-333171
16,000 Kakitangan Kemas Dibela Cuepecs
Cuepacs menuntut kerajaan mencari penyelesaian segera berhubung tiga perkara yang membelenggu hampir 16,000 kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) seluruh negara.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata perkara itu antaranya ialah melanjutkan umur persaraan wajib mereka yang pada masa ini 58 kepada 60 tahun selaras dengan pelaksaan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang baru.
Omar berkata beliau telah maklumkan perkara ini kepada menteri berkenaan baru-baru ini dan
berharap menteri itu dapat mengambil tindakan secepat mungkin.
"Mereka ini sudah berkhidmat lama dalam Kemas dan tidak ada pencen dan pinjaman perumahan, jadi mengapa mereka tidak boleh diberikan umur bersara sehingga 60 tahun," katanya kepada pemberita pada Majlis Perjumpaan bersama Ahli Persatuan Keluarga Kemas Malaysia di Paroi, di sini.
Omar berkata, pihaknya juga menuntut agar kesemua 200 kakitangan Kemas yang diberhentikan sejak beberapa bulan lalu, selepas sampai had umur bersara wajib 58 tahun, diambil kembali dan disambung perkhidmatan mereka sehingga 60 tahun seperti kakitangan berstatus tetap. BERNAMA
Apa-apa info tentang kemas, pekerjaan,GDW, Kelas TABIKA, kelas jahitan, masakan boleh berhubung terus kepada kami di pejabat Kemas Keningau. Di Talian 087-333171
Langgan:
Catatan (Atom)